Pages

My Blog List

Powered by Blogger.

Tuesday, 29 January 2013

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KELAB KOMPUTER


  • Melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel)

  • Meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penghasilan montaj dan buletin menggunakan perisian-perisian tertentu

  • Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

  • Membantu guru menyediakan bahan media dan bahan bantu mengajar mengunakan komputer

  • Menyedia dan menyelenggara kursus-kursus pendek berkenaan kemahiran komputer

  • Menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar dan guru mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan 
 Peraturan penubuhan kelab komputer (pekeliling):
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_88_4715_3179.pdf 

PENUBUHAN KELAB KOMPUTER SMAPT



Penubuhan Kelab Komputer ini bertujuan menambah kegiatan di bidang pendidikan yang dijalan kan di sekolah hasil kerjasama antara sekolah dan PIBG.  Kelab ini bertujuan bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar di sekolah ini terutamanya dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan perkembangan bidang tersebut pada masa kini. Selain itu juga, menerusi kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental para pelajar.
 
Kelab ini dapat membantu pelajar memperkayakan pengetahuan mereka tentang teknologi maklumat untuk mempersiapkan diri untuk bersaing di dunia globalisasi serta memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti universiti tempatan dan luar negara.

Peraturan menubuhkan kelab komputer (pekeliling):
 

Waktu Solat

Followers