Pages

My Blog List

Powered by Blogger.

Thursday, 28 March 2013

KELAS KOMPUTER

Kelas Komputer berjalan setiap hari kecuali petang Jumaat, Sabtu dan Ahad di makmal komputer SMAPT. Makmal ini boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar untuk setiap sesi dan pelajar yang terlibat dengan kelas komputer ini hanyalah pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Manakala pelajar tingkatan lain boleh menggunakan makmal pada bila-bila masa sahaja tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.







ADOBE PHOTOSHOP

Anda boleh mendapatkan nota asas Adobe Photoshop CS3 disini. Nota ini amat membantu untuk dijadikan panduan mengajar bagi guru-guru komputer serta self-learning bagi individu yang berminat..

Antara bahan/karya yang telah dihasilkan menggunakan perisian ini...


Contoh Buletin MASISUPA 2012



Contoh peta kad kahwin


Background/wallpaper

Poster



NOTA MICROSOFT POWERPOINT

Anda boleh mendapatkan nota asas dan sedikit latihan daripada link di bawah ini. Semoga ia dapat membantu...


KURSUS ASAS POWERPOINT
LATIHAN ASAS-MENJADI PELAJAR CEMERLANG

NOTA MICROSOFT EXCEL

Anda boleh mendapatkan sedikit panduan latihan dan nota daripada link di bawah ini. Semoga ia dapat membantu...


NOTA MICROSOFT EXCEL 2003
LATIHAN 1.0
Latihan 2.0-Ting 2
Latihan 4-Ting 2

NOTA MICROSOFT WORD

Anda boleh mendapatkan panduan latihan dan sedikit nota pada link di bawah ini. Semoga dapat membantu...


Pelajaran 1-MENETAPKAN BENTUK DAN SAIZ PAPARAN KERJA
Pelajaran 2-MENGGUNAKAN FORMAT TEKS
Pelajaran 2-Latihan 1
Pelajaran 3-membuat kolum
Pelajaran 4-masukkan grafik ke dalam teks
Pelajaran 5-membuat jadual
Pelajaran 6-WordArt n Shapes
Latihan Ulangkaji 1

Tuesday, 29 January 2013

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KELAB KOMPUTER


  • Melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel)

  • Meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penghasilan montaj dan buletin menggunakan perisian-perisian tertentu

  • Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

  • Membantu guru menyediakan bahan media dan bahan bantu mengajar mengunakan komputer

  • Menyedia dan menyelenggara kursus-kursus pendek berkenaan kemahiran komputer

  • Menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar dan guru mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan 
 Peraturan penubuhan kelab komputer (pekeliling):
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_88_4715_3179.pdf 

PENUBUHAN KELAB KOMPUTER SMAPT



Penubuhan Kelab Komputer ini bertujuan menambah kegiatan di bidang pendidikan yang dijalan kan di sekolah hasil kerjasama antara sekolah dan PIBG.  Kelab ini bertujuan bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar di sekolah ini terutamanya dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan perkembangan bidang tersebut pada masa kini. Selain itu juga, menerusi kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental para pelajar.
 
Kelab ini dapat membantu pelajar memperkayakan pengetahuan mereka tentang teknologi maklumat untuk mempersiapkan diri untuk bersaing di dunia globalisasi serta memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti universiti tempatan dan luar negara.

Peraturan menubuhkan kelab komputer (pekeliling):
 

Waktu Solat

Followers